KUALA LUMPUR: Kesesakan luar biasa berlaku di Lembah Klang sejak Isnin lalu, sampai ramai netizen tak tahan mengeluh di media sosial.
Teruskan MembacaRamai pengguna jalan raya kata semua lebuh raya dan jalan utama sesak gila-gila, jauh lebih teruk daripada biasa. Syazleen Ismail kongsi pengalamannya di Thread, “Kota Kemuning ke Damansara dua jam? Gila tol Damansara memang sesak!” Dia juga minta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ambil tindakan.
Seorang lagi pengguna Thread cakap minggu ini jam tiga kali ganda daripada biasa. “Benda yang selalu 20 minit je, jadi lebih 1 jam. Harap minggu depan jalan kosong lah,” tulisnya.
Ada juga teori dari netizen: ramai syarikat minta pekerja kembali ke pejabat selepas WFH, jadi jalan sesak lebih daripada biasa. Tapi ramai lagi percaya ia sebab Tahun Baharu Cina dah dekat, cuti sekolah, dan persiapan awal Ramadan. Ramai orang beli barang, balik kampung, atau nak jumpa keluarga dulu sebelum raya, semua tu buat highway makin sesak.
LLM sahkan beberapa laluan memang ada penyelenggaraan, termasuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Utara-Selatan, dan NKVE. Ada juga kes kemalangan dan kenderaan rosak yang menambahkan lagi kesesakan.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi tentang punca sebenar kesesakan jalan raya minggu ini. Netizen cuma boleh berharap minggu depan jalan lega sikit!
















