Berita baik untuk penjawat awam! Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2026 sebanyak RM500 akan dikreditkan pada 13 Mac ini, just in time untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Teruskan MembacaMenurut Jabatan Perkhidmatan Awam, bantuan ini diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Gred 15 ke bawah atau setara, termasuk pegawai tetap, sementara, kontrak, Contract of Service (COS) dan Pekerja Sambilan Harian. Malah, mereka yang sedang bercuti bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji juga layak.
Tak lupa juga, pesara kerajaan dan veteran, sama ada berpencen atau tidak akan menerima RM250. Bonus raya ini juga dikecualikan daripada cukai pendapatan, jadi semuanya terus ke tangan penerima.
Inisiatif BKK ini diharap dapat meringankan kos persiapan raya dan sedikit sebanyak memeriahkan suasana Aidilfitri buat penjawat awam serta pesara seluruh negara. Jadi, simpan tarikh 13 Mac dalam kalendar anda!














