Penyanyi terkenal, Hafiz Suip mendedahkan isterinya kini tidak lagi aktif dalam dunia nyanyian kerana dia sendiri tidak mengizinkan perkara itu buat masa ini.
Menurut Hafiz, isterinya, Fiona sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan pernah terlibat dengan persembahan sebelum mereka mendirikan rumah tangga. Malah, mereka juga mula berkenalan ketika Hafiz sedang mencari penyanyi pengganti untuk membuat persembahan dalam sebuah konsert di Kuching.
Teruskan MembacaBagaimanapun selepas berkahwin, Hafiz memilih untuk meminta isterinya memberi tumpuan kepada kehidupan rumah tangga terlebih dahulu. Katanya secara berseloroh, dalam keluarga mereka cukuplah hanya dia seorang sahaja yang aktif menyanyi.
Walaupun begitu, penyanyi itu tidak menolak kemungkinan untuk isterinya kembali menyanyi pada masa akan datang sekiranya ada projek tertentu yang memerlukan mereka bekerjasama.
Dalam masa sama, Fiona juga dilihat menghormati keputusan suaminya dan tidak mempunyai masalah untuk berehat seketika daripada dunia seni.
Sebelum ini, Fiona pernah aktif membuat persembahan di majlis hiburan dan acara jemputan di Sarawak selepas menyertai program realiti nyanyian My Starz LG musim kedua pada tahun 2008.
Kini, dia memilih untuk memperlahankan kerjaya seni dan memberi lebih perhatian kepada kehidupan bersama suami.
Untuk rekod, Hafiz dan Fiona selamat mendirikan rumah tangga pada 13 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Petrajaya, Kuching.
















