Good news yang akan buat ramai tersenyum hari ini! Pelakon Izara Aishah selamat melahirkan cahaya mata ketiga!
Berita gembira tu dikongsikan sendiri oleh ibu mentuanya, Siti Nurhaliza yang nampak tak dapat sorok rasa happy bila keluarga mereka bertambah lagi ahli baru.
Teruskan MembacaDalam perkongsian ringkas, TokTi luahkan rasa syukur dan teruja, malah mengesahkan kehadiran seorang lagi baby girl dalam family mereka. Kiranya, memang “princess squad” makin lengkap!
Ini juga bermakna Izara dan suami, Adib Khalid kini sudah dikurniakan tiga orang anak perempuan, memang meriah rumah nanti.
Walaupun tak banyak detail dikongsikan setakat ini, yang penting ibu dan bayi dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Itu yang paling melegakan.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga sejak 2017 dan sebelum ini sudah mempunyai dua cahaya mata perempuan. Dengan kehadiran orang baru ini, nampaknya keluarga mereka makin penuh dengan kasih sayang (dan mungkin juga suara riuh si kecil)
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tak lepaskan peluang ucap tahniah dan doakan yang baik-baik buat Izara sekeluarga.
Apa-apa pun, congrats Izara dan keluarga! Memang berita yang buat hari jadi lebih ceria!
















