Memang luar biasa! Hype konsert ulang tahun ke-20 kumpulan Hujan kali ini betul-betul jadi bualan ramai sampai tercetus “perang tiket” dalam kalangan peminat.
Konsert yang diberi nama “HUJAN XX: #HUJAN20TAHUN” ni dijadual berlangsung pada 27 Jun 2026, jam 8.30 malam di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan dari sekarang pun dah boleh rasa bahang dia.
Teruskan MembacaBukan setakat ‘Raingers’ je yang teruja, selebriti pun sama naik hype! Antara yang nampak aktif promote dekat media sosial termasuk Nabila Huda, Tam Mustafah, Along Exists dan Syafie Naswip.
Kempen promo pun bukan biasa-biasa, siap drop ayat santai dekat Threads yang terus buat fans lagi tak sabar: “HUJAN ke tak HUJAN hari ni? Jangan lupa standby payung merah… jom kita riot!”
Lepas je tiket dibuka, memang laju gila habis. Ada kategori yang terus sold out dalam masa singkat, sampai ramai yang kata macam “war zone” nak secure tiket.
Line-up pun bukan calang-calang. Frontman Noh Salleh bersama AG Coco dan Izat Hujan dijangka bagi performance penuh nostalgia + energy padu.
Harga tiket pula dari RM158 hingga RM268, dengan nama kategori yang memang kena dengan jiwa fans macam Sang Enemy, 123 Go, Mencari Konklusi dan ABCDEFGHUJAN.
Jujurnya, ini bukan sekadar konsert. Ini moment untuk throwback, sing-along ramai-ramai, dan mungkin jadi salah satu event paling ‘riot’ tahun 2026.
















