Keputusan paling sukar Syasya Rizal adalah keluar daripada kumpulan Dolla sebelum mengejutkan ramai apabila mendirikan rumah tangga pada 20 April 2024 lalu.
Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, di Instagram miliknya setelah ramai yang tertanya-tanya tentang punca dia menarik diri dari Dolla sebelum mendirikan rumah tangga.
Teruskan MembacaUjar selebriti itu, dia sedar bahawa keputusannya sedikit sebanyak mengguris hati beberapa pihak terutamanya peminat, namun takdir telah tertulis dan dia perlu membuat keputusan di saat paling sukar demi kelangsungan hidup.
“Syasya tau (tahu), keputusan yang Syasya buat sedikit sebanyak buat ramai yang keliru, marah dan mungkin terguris perasaan. Namun, takdir telah tertulis bahawa Syasya perlu membuat keputusan di saat paling sukar demi kelangsungan hidup.
“Syasya tahu sebahagian peminat terluka dengan keputusan ini, tetapi sejujurnya luka itu lebih besar untuk diri Syasya sendiri kerana perlu menerima dan melalui ketentuan ini,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, bekas ahli kumpulan Dolla itu menyatakan yang dia tetap sama seperti dahulu dimana kali pertama bertemu peminat pada 2019.
Syasya juga akan sentiasa menyokong Dolla memandangkan tiga lagi ahli kumpulan berkenaan sudah dianggap seperti kakak-kakaknya sendiri.
“Untuk Dolla pula, Syasya sentiasa sokong kerjaya kakak-kakak Syasya yang sudah bersama Syasya dari permulaan kerjaya. Dolla segalanya untuk Syasya and it is something precious that I really treasure.
“Impian untuk Dolla melangkah ke pentas international masih Syasya sematkan dalam jiwa walaupun sudah tidak bersama dengan mereka lagi,” ujarnya.
Baca juga: