Pelakon Sweet Qismina mengakui dirinya kini jauh lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi di media sosial, satu perubahan besar berbanding dulu.
Kalau sebelum ini dia jenis yang mudah “over share”, semuanya mula berubah selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Adam Lee.
Teruskan MembacaDalam satu sesi podcast, Sweet mendedahkan antara nasihat paling penting yang dia terima daripada Adam adalah supaya tidak terlalu terbuka tentang masalah atau isu peribadi di media sosial.
Menurutnya, Adam seorang yang sangat rasional dan sentiasa ingatkan tentang risiko bila terlalu banyak berkongsi walaupun hanya dalam kalangan “close friends”.
Kalau ada posting yang dirasakan terlalu sensitif, Adam tak teragak-agak untuk terus hubungi Sweet dan minta dia padam.
Bagi Sweet, nasihat itu bukan sekadar teguran biasa, tetapi sebenarnya membantu dia melihat gambaran lebih besar terutama dalam menjaga keharmonian rumah tangga.
Katanya lagi, perkara negatif yang tidak dikawal dari awal boleh memberi kesan lebih besar apabila sudah berkahwin.
Kini, Sweet memilih untuk lebih menjaga batas dan tidak lagi menjadikan media sosial sebagai tempat meluahkan segala-galanya.
Perubahan itu turut disedari netizen yang melihat Sweet kini tampil lebih matang dalam mengendalikan kehidupan peribadi.
Kadang-kadang, tak semua benda perlu dikongsi, ada yang lebih baik disimpan sendiri.
















