Wow, bukan calang-calang! Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza kini rasmi dilantik sebagai Ikon Keselamatan Jalan Raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pelantikan ini dibuat sempena ulang tahun ke-80 JPJ, dan nampaknya bukan sekadar simbolik je, tapi ada misi besar di sebaliknya. TokTi bakal bantu sebarkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada orang ramai.
Teruskan MembacaKenapa TokTi? Mestilah sebab pengaruh dia memang kuat! Dengan jutaan peminat dan imej yang sangat positif, JPJ percaya mesej penting macam ni lebih mudah sampai kalau disampaikan oleh figura yang orang ramai kenal dan percaya.
Bukan itu saja, TokTi pun memang aktif dengan pelbagai kempen sebelum ini. Jadi tak peliklah kalau dia dipilih untuk bawa peranan ni.
Harapnya dengan adanya TokTi sebagai ikon, lebih ramai akan lebih peka tentang keselamatan di jalan raya, dari pakai tali pinggang keledar sampai jaga disiplin ketika memandu.
Apa pun, memang power move! Bila selebriti besar turun padang, mesej pun lagi senang ‘lekat’ dekat hati orang ramai.
















