Kesemua enam negeri mencatatkan peratusan keluar mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini melebihi 80 peratus dengan Terengganu merekodkan tertinggi sebanyak 85 peratus setakat pukul 1 petang tadi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan undi awal di Kelantan dan Negeri Sembilan mencatatkan masing-masing 83 peratus, diikuti Kedah 81 peratus dan Pulau Pinang 80 peratus, manakala Selangor 78 peratus. Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pula merekodkan 80 peratus.
Teruskan MembacaHari ini, seramai 97,388 individu terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis bersama pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal PRN di enam negeri.
Pengundian awal turut melibatkan PRK Parlimen Kuala Terengganu susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.