PASAR Harian Selayang telah digempur oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam Operasi Khas Op Taring II.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tujuan operasi tersebut dijalankan bagi membanteras jenayah disekitar kawasan itu, terutamanya melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Teruskan Membaca“Seramai 465 pegawai dan anggota penguat kuasa yang lain terlibat dalam operasi tersebut yang bermula pada pukul 3 pagi.
“Pemeriksaan dilakukan ke atas 213 warga asing dan seramai 108 daripadanya merupakan PATI yang telah ditahan atas pelbagai kesalahan.
“Warga Indonesia paling ramai ditahan melibatkan 52 orang, diikuti Myanmar (35), India (12), Bangladesh (tujuh), manakala Nepal dan Pakistan masing-masing satu,” katanya.
Dalam pada itu, kesemua yang ditahan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 15 (1) (c) akta sama kerana tidak mempunyai dokumen yang sah dan menetap lebih masa.
Menurutnya, pihak polis yang dibantu jabatan dan agensi kerajaan lain akan terus menjalankan operasi khas seperti ini pada masa akan datang.
Justeru, orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan yang mencurigakan atau kehadiran PATI di kawasan masing-masing kepada balai polis berhampiran.
Baca juga: