Terkini

5 Masjid tercantik sekitar Kuala Lumpur

NEGARA Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya dan agama. Seni binaan masjid yang menakjubkan memberi cerminan keimanan dan ketenangan buat sesiapa yang hadir untuk menunaikan ibadah.

Keindahan seni bina masjid boleh dilawati, berikut 5 senarai masjid tercantik yang boleh dilawati:

1. Masjid Jamek

Masjid Jamek atau dikenali sebagai Masjid Sultan Abdul Samak Jamek adalah tempat ibadah tertua yang dibina di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Perkataan Jamek berasal daripada bahasa Arab bermaksud tempat jemaah berkumpul menunaikan ibadah.

Alamat: Jalan Tun Perak, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2. Masjid Negara Kuala Lumpur

Masjid Negara ialah masjid utama di Malaysia. Masjid ini dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Masjid ini merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan merupakan simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu. Masjid ini juga boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.

Alamat: Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

3. Masjid Wilayah Persekutuan

Masjid ini mempunyai seni bina Turki Uthmaniyah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turkiye.

Alamat: Anjung B, Masjid Wilayah Persekutuan, Jln Tuanku Abdul Halim, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur

4. Masjid Putra, Putrajaya

Masjid ini menarik perhatian dengan kubahnya yang besar dan seni ukiran yang rumit. Terletak di tepi Tasik Putrajaya, masjid ini mencipta pemandangan yang mengagumkan, terutama semasa matahari terbenam.

Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

5. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana seni bina dan ukiran berwarna biru dan dihiasi dengan landskap indah, masjid yang terletak berhampiran Tasik Raja Lumu itu turut menjadi ikon pelancongan di Selangor.

Alamat: Persiaran Masjid St., Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor — KL VIRAL

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top