Ceroboh kaunter MRT, penganggur dipenjara 2 bulan

Padah menceroboh masuk kaunter khidmat pelanggan di Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Massa Muzium Negara untuk mencuri wang, seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara dua bulan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat.

Majistret Aina Azahra Arifin membuat keputusan itu selepas B. Durairajan, 35, mengaku melakukan perbuatan itu pada 12.20 tengah malam 16 Jan lepas mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?