TINDAKAN penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menahan peniaga warga asing yang berleluasa di sekitar Chow Kit dan Jalan Haji Taib.
Kawasan yang menjadi tumpuan seperti Jalan Silang dan Masjid India baru-baru ini juga telah diserbu pihak berkuasa kerana menjadi pusat perniagaan bagi warga asing terutamanya dari Bangladesh dan Indonesia.
Teruskan MembacaMenurut DBKL, lebih 200 aktiviti perniagaan bazar pakaian terpakai dan lain-lain penjualan barangan am dan aksesori yang beroperasi sepanjang Jalan Haji Taib, Chow Kit setelah diperiksa.
“Hasilnya, tindakan sita dan pindah barangan dikenakan ke atas 12 pemilik aktiviti atau tapak lot perniagaan yang gagal mempamerkan lesen dan dikendalikan warga asing tanpa kebenaran, membabitkan sembilan peniaga barangan terpakai, dua peniaga makanan dan minuman serta satu penjaja ubat-ubatan seks.
“Tindakan penguatkuasaan operasi khas dijalankan menerusi peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,” kata kenyataan itu, memetik laporan Sinar Harian.
Sementara itu, DBKL turut memberi peringatan kepada peniaga agar beroperasi mengikut syarat masa, lokasi perniagaan yang tercatat di dalam lesen perniagaan.
Bagi peniaga yang mengambil pembantu peniaga perlu medapatkan kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.
“Tindakan penguatkuasaan lebih tegas akan dilakukan sekiranya masih terdapat warga tempatan selaku pemilik aktiviti perniagaan yang menggajikan atau membenarkan warga asing beroperasi termasuk pembatalan lesen perniagaan,” tambahnya.
Untuk info, barang perniagaan yang disita akan dibawa ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk rekod penyimpanan sementara dan proses dokumentasi selanjutnya.
Baca juga: