Penyanyi vokalis kumpulan Hujan, Mohammad Noh Salleh atau lebih dikenali dengan nama Noh dikecam selepas sebuah videonya di aplikasi Tik Tok tular pada pagi Sabtu.
Video berdurasi enam saat itu memaparkan pemilik akaun berkenaan menyapa penyanyi yang terkenal dengan lagu angin kencang itu sebelum beliau bertindak menunjukkan jari tengah nya sebagai tanda gurauan.
Teruskan MembacaNamun, gurauan itu tidak diterima baik masyarakat tempatan yang menganggap sikapnya itu tidak professional dan tidak boleh dicontohi remaja masa kini.
Noh, 39, merupakan salah seorang penyanyi yang dikenali ramai tambahan remaja masa kini, rata-rata masyarakat tempatan mengecam perbuatannya dengan mengungkapkan tindakannya itu bakal mempengaruhi kelakuan anak-anak muda.
Tindakan itu merupakan bukan kali pertama masalah kelakuan yang tidak senonoh dilakukan oleh penyanyi berusia 39 tahun itu, malah sebelum ini beliau turut pernah dikecam susulan meludah di atas pentas ketika melakukan persembahan di Konsert Hausboom Music 2022, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang pada 3 Oktober tahun lalu.
Selain itu, beliau turut pernah mencetuskan kontroversi apabila menyelitkan rokok di bibir ketika peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur hingga ditegur Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan juga pernah menghisap rokok elektronik ketika diwawancara media dalam sebuah majlis.
Baca juga: