AKTOR Zulkifli Ismail mengalami masalah pernafasan dan telah menjalani rawatan yang dikenali sebagai ‘sleep studies’ di Hospital Tunku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak Isnin.
Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, doktor melakukan rawatan sleep studies memandangkan Zulkifli sering mengalami gangguan pernafasan ketika tidur.
Teruskan Membaca“Ini termasuklah nafas terhenti beberapa kali sepanjang malam ketika tidur.
“Pagi tadi saya selesai menjalani prosedur sleep studies dan dibenarkan balik,” katanya.
Pelakon yang berusia 61 itu memberitahu ujian tersebut bagi mengenalpasti beberapa perkara dihidapi ketika tidur.
Walaubagaimanapun, keputusan ujian tersebut akan diperolehi pada minggu hadapan setelah mendapat kebenaran doktor untuk pulang ke rumah.
“Minggu depan jumpa doktor untuk mengetahui keputusan ujian.
“Terima kasih kepada kawan-kawan yang prihatin dan mendoakan kesihatan saya,” katanya lagi.
Sebelum ini, Zulkifili terkenal menerusi watak ASP Razlan dalam siri Gerak Khas di mana dia membintanginya selama 10 tahun.
Selain itu, Zulkifli turut membintangi drama yang pernah menjadi fenomena iaitu 7 Hari Mencintaiku. – KL Viral
Baca juga: