Oleh Aliyaa Azmi
SEOUL :Jennie, ahli BLACKPINK, kembali mencuri perhatian dengan album solo terbarunya Ruby, yang dilancarkan pada 7 Mac 2025.
Teruskan MembacaSelain menampilkan sisi muziknya yang unik, album itu turut membuktikan peningkatan ketara dalam kemahiran tarian Jennie.
Album yang mengandungi 15 lagu menampilkan kolaborasi bersama artis terkenal seperti Dua Lipa, Childish Gambino, Doechii, dan Kali Uchis.
Sejak diumumkan pada Januari lalu, Ruby telah mencatat lebih 450,000 pra-pesanan, membuktikan sambutan luar biasa daripada peminat.
Salah satu aspek yang paling menjadi perbualan ialah tahap tarian Jennie yang semakin mantap.
Dalam video muzik untuk single utama “Like Jennie,” dia mempamerkan koreografi yang lebih kompleks dan dinamik, berbeza daripada gaya tarian sebelumnya.
Peminat dan pengkritik sama-sama memberikan pujian terhadap persembahan Jennie.
“Jennie mungkin tidak mengeluarkan lagu setiap tahun, tetapi apabila dia kembali, dia pasti beri sesuatu yang berimpak. Kali ini, bukan sahaja muziknya berkembang, tetapi tarian dan ekspresinya juga jauh lebih bertenaga,” kata seorang pengguna media sosial.
“Gerakan Jennie dalam Like Jennie sangat bertenaga dan lebih kemas berbanding sebelum ini. Dia tidak hanya menari, tetapi benar-benar menghayati setiap pergerakan.” Komen pengulas dari Vulture.
Pengkritik dari AP News turut memuji kesungguhan Jennie dalam menampilkan sesuatu yang baru kepada peminat.
“Dia tidak hanya bergantung kepada populariti BLACKPINK, tetapi berusaha membuktikan dirinya sebagai artis solo yang versatil.”
Bagi mempromosikan Ruby, Jennie akan mengadakan siri persembahan khas bertajuk The Ruby Experience di beberapa lokasi terpilih.
Jennie turut dijadualkan membuat persembahan di Festival Muzik dan Seni Lembah Coachella pada April.