Pelakon cantik Riena Diana mengakui mengalami detik paling ‘awkward’ sepanjang kerjayanya apabila diminta meludah muka pelakon lagenda Faizal Hussein dalam salah satu babak drama bersiri Bidaah.
“Masa pengarah minta saya ludah muka Abang Faizal, saya ingat dia main-main je. Tapi rupanya betul-betul kena buat!”
Teruskan Membaca
Menurut Riena dalam temubual Ohbulan, meskipun pada awalnya rasa janggal dan segan, namun sikap profesional Faizal Hussein membuatkan dia lebih yakin untuk menjayakan babak tersebut.
“Saya rehearsal banyak kali nak ambil feel untuk ludah tu… susah sebenarnya! Tapi Abang Faizal sangat membantu dan rileks je. Dia siap cakap ‘okay je, ludah lah’.”
Walaupun ada sedikit ‘insiden’ semasa rakaman…
“Mungkin ada air liur yang terkeluar kena muka dia… saya rasa sangat janggal masa tu. Tapi Abang Faizal steady je, siap tenangkan saya lagi.”
Riena berkongsi pengalaman unik itu ketika ditemui pada sesi fotografi drama Boleh Saya Bantu 2 di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini.
Tambah Riena, dia bersyukur kerana babak tersebut akhirnya diterima baik oleh penonton, walaupun pada awalnya dia risau akan reaksi orang ramai.
“Saya banyak kali minta maaf dengan Abang Faizal, tapi dia cool je. Memang best gila kerja dengan dia.”