Nama Faizal Hussein menjadi semakin popular hingga ke negara seberang, Indonesia selepas muncul dengan watak ‘Walid’ dalam drama Bidaah.
Mengikut sumber dari Oh Media , pelakon legenda ni sampai terima mesej pujian daripada penonton muda Indonesia, majoritinya Gen Z. Faizal yang sudahpun berusia 57 tahun itu bagaimanapun mula rasa tak sedap hati bila ada yang mula melebih-lebih.
Faizal berkongsi, ada wanita muda yang sanggup DM dia untuk jadi ‘isteri batin’, sama macam dalam watak Walid tu. Ah sudah!
Mula-mula dia fikir gurauan je, tapi bila mereka panggil nama sebenar dia dan bukan lagi ‘Walid’, Faizal mula rasa cuak.