KUALA LUMPUR: Satu lagi kisah panas yang jadi bualan netizen!
Seorang guru wanita di Melaka kini direhatkan sementara oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas didakwa terlibat dalam hubungan sulit dengan seorang lelaki dikenali sebagai ‘abang wiring’.
Teruskan MembacaKisah ni mula meletup lepas tersebarnya tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikatakan mengandungi mesej berunsur lucah antara guru berkenaan dan lelaki terbabit. Fuhh… panas betul!
Menurut Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, walaupun cikgu tu direhatkan, dia masih dianggap menjalankan tugas sebagai penjawat awam.
KPM katanya ambil serius isu ni dan takkan berkompromi bab integriti serta etika profesional guru-guru.
“Kami akan siasat habis-habisan. Profesion perguruan tak boleh dipandang ringan. Integriti adalah segalanya,” katanya lagi.
Netizen pun tak kurang hebatnya dengan pelbagai reaksi ada yang simpati, ada juga yang kecam.
Apa pun, siasatan masih berjalan, dan kita tunggu keputusan rasmi dari pihak berkuasa. Ingat, semua orang ada hak untuk dibela. Jangan terus hukum sebelum tahu cerita sebenar