GOMBAK – Sayu dan pilu. Itu nasib lima keluarga di Kampung Melayu Wira Damai apabila rumah mereka musnah dijilat api dalam satu kebakaran mengejut.
Dalam sekelip mata, tiga buah rumah hangus terbakar, meninggalkan penghuni hanya sehelai sepinggang. Tiada apa yang sempat diselamatkan.
Teruskan MembacaMenteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Balai Raya JPKK Kampung Wira Damai untuk menempatkan mangsa yang kehilangan tempat berteduh.
Beberapa pihak termasuk Pejabat Ahli Parlimen Gombak, Pusat Khidmat DUN Sungai Tua, dan Yayasan MBI Selangor kini sedang giat menyalurkan bantuan kecemasan seperti pakaian, makanan, dan barangan keperluan asas.
Syukur, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Namun siasatan masih dijalankan bagi mencari punca sebenar kebakaran.
Pihak berkuasa juga sedang melakukan penilaian kerosakan dan akan menyelaras bantuan jangka panjang untuk bantu mangsa bina semula kehidupan.