Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Warung PokWei, Sungai Karang Darat, Pahang, hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada 9 pagi disambut meriah pemilik dan pengunjung warung berkenaan.
Teruskan MembacaSeri Paduka Baginda kemudian menikmati santapan sarapan pagi iaitu nasi dagang dan roti canai. Baginda juga berkenan membelanja sarapan pagi kepada pengunjung warung itu.
Selain itu, baginda berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan pengunjung dan penduduk setempat.