Terkini

PM -‘Kamu sorok beras, kamu jaga’

Perdana Menteri memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang menyorok bekalan beras putih tempatan (BPT). Mereka yang bertindak demikian, pastinya akan diheret ke muka pengadilan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau berkata sudah memberikan arahan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu supaya memastikan pihak penguatkuasaan kementerian memantau perkara berkenaan dan mengambil tindakan kepada pesalah.

”Arahan jelas kepada pihak penguasa kalau kamu sorok, kamu jaga!

”Yang salah guna, sorok, simpan (beras). Saya maklumkan kepada saudara Mat Sabu, arahan jelas kepada badan penguat kuasa.

“Kalau ada yang berani buat perangai buruk dalam keadaan orang susah mencari beras, kamu sorok… kamu jaga.

“Kami akan cari kamu dan bawa ke mahkamah. Tengah orang susah kamu mahu cari untung,” tegas beliau.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata demikian dalam ucapannya pada Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dataran Simpang Pelangai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, di Bentong malam tadi.

Pelbagai

Scroll to Top