Terkini

Enam mesin pengimbas dibaiki lepas lawatan mengejut PM

ENAM daripada tujuh unit mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja
Malaysia (JKDM) yang rosak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) telah mula dibaiki.

PM ketika buat lawatan mengejut ke KLIA
Langkah itu susulan lawatan mengejut
Perdana Menteri ke KLIA pada Isnin termasuk memantau perjalanan operasi
Kastam dan Imigresen, kata Timbalan Menteri Kewangan I Ahmad Maslan.
“Pembaikan
itu membabitkan kos lebih RM1 juta dan kementerian tidak mempunyai
halangan untuk meluluskan sebarang baik pulih yang dikemukakan daripada
mana-mana agensi atau jabatan setakat ini,” jelasnya.
Ahmad
Maslan sebelumnya ditemui pemberita  selepas merasmikan Kursus Integriti
Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) dengan Pertubuhan Kastam Sedunia
(WCO) dan Regional Office for Capacity Building (ROCB) di Bukit Baru,
Melaka yang turut dihadiri Ketua Pengarah JKDM Datuk Zazuli Johan.
Sementara
itu, Zazuli berkata kawalan agensi berkenaan di KLIA tidak hanya
bergantung kepada mesin pengimbas semata-mata, malah beberapa cara turut
digunakan dalam melindungi keselamatan di pintu masuk utama negara.
 
Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata dia
mendapati hanya satu daripada tujuh pengimbas barangan sahaja beroperasi
di KLIA dan mahu keadaan itu diperbaiki segera.

Pelbagai

Scroll to Top