KUALA LUMPUR: Berita baik buat peniaga kecil! Kerajaan Madani sekali lagi membuktikan keprihatinannya apabila pelaksanaan sistem e-Invois ditangguhkan untuk kumpulan pembayar cukai tertentu, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kerajaan mengumumkan bahawa peniaga dengan pendapatan bawah RM500,000 kini dikecualikan buat masa ini daripada e-Invois.
Teruskan MembacaYa, tak perlu risau lagi nak layan sistem rumit tengah sibuk berniaga!
Apa yang lebih melegakan, peniaga dengan pendapatan bawah RM1 juta hanya perlu mula guna sistem ini pada 1 Julai 2026.
Manakala kumpulan RM1 juta ke RM5 juta pula bermula 1 Januari 2026. Ada masa lebih dua tahun untuk bersedia cukup untuk upgrade sistem, faham proses, dan elak tekanan last minute.
“Kerajaan sedar peniaga kecil hadapi pelbagai cabaran. Kita tak nak bebankan mereka secara mengejut,” Kenyataan LHDN dipetik
Ramai bertanya, apa sebenarnya e-Invois Ni?
e-Invois adalah sistem invois digital yang akan memudahkan kutipan cukai, kurangkan penipuan, dan tingkatkan ketelusan dalam urus niaga.
Tapi nak ubah cara berniaga bukan senang, sebab tu kerajaan bagi ruang dan masa.
Tak Perlu Risau, Ada Tempoh ‘Cooling Period’
Untuk setiap fasa pelaksanaan, tempoh kelonggaran 6 bulan diberikan. Dalam tempoh ini:
Boleh guna invois disatukan
Tak perlu invois berasingan setiap transaksi
Tiada tindakan undang-undang selagi ikut garis panduan
Wajib Guna Selepas 1 Januari 2026
Selepas tarikh ini, semua transaksi melebihi RM10,000 perlu ada e-Invois sendiri. Invois disatukan tak dibenarkan lagi.
Bantuan Disediakan – Tak Perlu Panik!
LHDN juga sediakan pelbagai saluran untuk bantu peniaga: 📞 Talian e-Invois: 03-8682 8000
💬 Live Chat: MyInvois
📧 Email: [email protected]
📝 Maklum balas: feedback.myinvois.hasil.gov.my















