Kalau korang peminat K-pop, this is the kind of berita yang boleh buat jantung berdegup laju, tiga bintang global SEVENTEEN officially obsessed dengan keropok Malaysia kita, Mister Potato!
Teruskan MembacaJoshua, DK dan Dino bukan je tunjuk minat dekat jenama snek ikonik ni, tapi mereka juga diumumkan sebagai wajah rasmi kempen global Mister Potato yang dinamakan ‘Jinjja Crunch’. Fuh, dari bilik snek terus ke spotlight dunia!
Dalam satu video comel dari siri Inside SEVENTEEN, trio kacak ni excited habis umum berita best:
“Kami ada berita menarik untuk anda semua. Kami sayang kamu, Mister Potato! Jumpa anda di Malaysia!” – Joshua, DK & Dino, with full oppa energy
Apa lagi, fans terus meletup kat media sosial. Siap ramai yang dah start ‘memburu’ edisi khas Mister Potato yang ada muka ketiga-tiga oppa ni. Tak cukup dengan tu, CEO Mamee-Double Decker, Pierre Pang pun post teaser gambar mereka awal Julai lepas dengan caption penuh hint macam “Jumpa kami secara langsung di KL” dan “Apa khabar, Oppas?”
Lepas 6 tahun tunggu (last time SEVENTEEN datang Malaysia tahun 2019), akhirnya penantian korang berbaloi! Bukan je dapat oppa, dapat juga keropok tempatan jadi bintang global. Win-win!
Kolaborasi ni bukan calang-calang, bukan je naikkan nama Mister Potato ke peringkat antarabangsa, tapi juga buat kita bangga sebab produk Malaysia kini jadi kegilaan selebriti dunia.
Jadi kalau korang ternampak keropok edisi khas SEVENTEEN kat pasar raya atau kedai runcit, grab cepat sebelum sold out. Mana tahu, beli Mister Potato boleh dapat jinjja crunch dan maybe jinjja jodoh juga.