Nahas Elmina: Ketua BSKU berlepas ke Florida analisa data ‘memory puck’

Ketua Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) petang Khamis untuk menghantar ‘memory puck’ yang terdapat di dalam perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), ke makmal di Florida untuk diekstrak dan dianalisa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penganalisaan data itu akan dibuat seawal pagi Isnin (waktu AS), kerana segala persiapan termasuk pelepasan daripada pihak makmal pengilang peralatan asal (OEM) CVR berkenaan, telah dilakukan dalam tempoh dua hari ini.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?