PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan bahawa pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan bukan perkara main-main
Sebaliknya urusan negara yang mesti dibuat dengan penuh cermat, berintegriti dan ikut undang-undang.
Teruskan MembacaBaginda merujuk kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan — pelantikan hakim adalah kuasa Agong, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas rundingan dengan Majlis Raja-Raja.
“Ini bukti jelas sistem kita ada prinsip semak dan imbang dalam kehakiman,” titah baginda.
Walaupun Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) ada garis panduan proses pemilihan, kuasa nasihat tetap milik Perdana Menteri.
Namun, baginda menekankan bahawa segala pelantikan mestilah ikut lunas Perlembagaan, bukan jadi alat politik mana-mana pihak.
Titah tegas ini jadi peringatan penting: Jangan sesekali politikkan institusi kehakiman negara!