SHAH ALAM: Tak semua kejayaan besar lahir dari kota besar. Kadang-kadang, ia bermula dari pekan kecil macam Sekinchan, tempat asal Pua Khien Seng, rakyat Malaysia yang mencipta cip USB flash pertama dunia, dan kini kembali ke tanah air dengan misi besar: buka peluang kerja dan bawa pulang teknologi canggih.
Teruskan MembacaMenariknya, usaha Pua kali ini bukan datang sendiri. Beliau dibantu oleh Nurul Izzah Anwar, yang kini merupakan Penasihat kepada Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC). Dua tahun lalu, mereka bertemu dalam satu sesi makan tengah hari dan dari situ, satu kerjasama pun bermula.
“Saya nak tengok Malaysia jadi harimau digital ASEAN,” kata Pua dalam pertemuan itu.
Hasilnya? Dengan bantuan Nurul Izzah dan SIDEC, syarikat milik Pua, MaiStorage secara rasmi dilancarkan di Malaysia dua bulan lalu. Bukan setakat nama saja, tapi siap bawa pelaburan RM100 juta dan pemindahan teknologi bernilai RM1 bilion.
Yang buat semua orang teruja, gaji permulaan untuk fresh grad bermula RM6,000! Untuk jurutera berpengalaman, gaji boleh cecah lima angka. Pua juga merancang untuk senaraikan syarikatnya di pasaran saham menjelang 2028.
“Saya tahu bab mikrocip, tapi terus terang saya masih struggle faham politik Malaysia,” katanya berseloroh, satu kenyataan yang menunjukkan pentingnya kepercayaan dan kerjasama antara pemain industri dan pemimpin.
Tapi kisah ni bukan sekadar tentang teknologi. Ia tentang anak Malaysia yang pulang membawa ilmu, dan tentang pemimpin yang tahu bila nak bantu dan bila nak bagi ruang.
Malaysia mungkin belum jadi harimau digital sepenuhnya, tapi kalau ada lebih ramai bakat macam Pua dan pemimpin yang bersedia buka laluan, masa depan nampak cerah.