PETALING JAYA – Susulan kontroversi panas berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara dan kebocoran dokumen Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), kerajaan MADANI tampil beri penjelasan penuh tegas: Integriti kehakiman tetap jadi keutamaan!
Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), menegaskan bahawa kerajaan tak akan campur urusan kehakiman dan akan terus berpegang pada Perlembagaan Persekutuan.
“Kalau ada salah laku hakim, Yang di-Pertuan Agong boleh tubuh tribunal khas ikut Perkara 125(3) dan (4), tapi mestilah atas nasihat Perdana Menteri dan selepas rundingan dengan Ketua Hakim Negara,” jelas Azalina.
Beliau juga sebut yang Ketua Hakim ada kuasa rujuk kes ke Jawatankuasa Etika Kehakiman ikut Kod Etika Hakim 2009. Semua ni demi jamin sistem kehakiman yang bebas dan telus.
Kajian sedang dijalankan! Kerajaan kini tengah buat Kajian Perbandingan Sistem Pelantikan Kehakiman dengan libatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen — dan Badan Peguam Malaysia pun diajak sekali! Tujuannya? Nak pastikan sistem lantikan hakim lebih telus, berintegriti dan diyakini rakyat.
Azalina juga pesan, jangan politicize sistem kehakiman! Apa-apa isu kena urus ikut undang-undang, bukan ikut emosi atau tekanan politik.
“Prinsip MADANI adalah ketelusan dan keluhuran undang-undang. Hormat Perlembagaan, barulah sistem kehakiman kita kekal utuh,” katanya.
FaktaCepat:
– Tribunal khas boleh dibentuk jika ada isu hakim
– JAC bukan ‘rahsia’ – kerajaan tengah buka ruang dialog
– Semua tindakan kerajaan berpaksikan undang-undang, bukan agenda politik.
















