KUALA LUMPUR: Isu yang memang tengah dekat dengan rakyat sekarang, dari kos sara hidup makin menggila, bil elektrik yang berubah, sampai la ke scam online, semua ni akan jadi tumpuan utama dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Antara yang bersuara, Chong Zhemin (PH-Kampar) nak tahu dari Menteri Dalam Negeri: berapa banyak kes jenayah siber dah berlaku sepanjang tahun 2024 dan apa plan kerajaan nak bendung benda ni yang makin berleluasa.
Teruskan MembacaTak cukup dengan tu, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) pulak bawa isu yang semua rakyat rasa, kos sara hidup. Macam mana nak ringankan beban rakyat bila hutang negara dah cecah RM1.5 trilion? Beliau juga bangkitkan amaran dari Bank Dunia yang jangka ekonomi Malaysia akan perlahan ke 3.9% tahun depan, plus risiko dari tarif balas oleh Amerika Syarikat.
Satu lagi isu panas, struktur baru bil elektrik TNB. Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) nak tahu sama ada sistem baru yang tak guna kadar bertingkat tu betul-betul adil dan efisien? Lagi satu, adakah subsidi bersasar untuk B40 dan M40 masih kekal?
Chong Chieng Jen (PH-Stampin) pulak fokus pada tanggungjawab platform media sosial macam Facebook, Instagram, TikTok dan Xiaohongshu yang dikatakan masih biarkan iklan scam & skim pelaburan tipu terus muncul.
Lepas sesi soal jawab, Dewan Rakyat akan sambung dengan pembentangan dua rang undang-undang: Pindaan Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 2025 dan Pindaan Perikanan 2025.
Untuk info, sidang kali ni akan berlangsung selama 24 hari, dan tumpuan paling besar nanti pastinya pada pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang dijadualkan pada 31 Julai.