Sebuah feri yang membawa 472 penumpang dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah terpaksa berpatah balik, berikutan cuaca buruk.
Penolong Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, trip pada jam 4 petang itu terpaksa dibatalkan perjalanan.
Teruskan MembacaBeliau berkata, berikutan itu, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd terpaksa membatalkan trip laluan Pulau Langkawi dan Kuala Kedah ke Pulau Langkawi akibat cuaca buruk di laut.
“Dimaklumkan ketinggian ombak kira-kira tiga meter yang boleh membahayakan aktiviti pelayaran feri dan bot kecil.
“Selain itu, trip lain yang dibatalkan adalah seperti berikut iaitu trip 7 malam dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah dan dari Kuala Kedah ke Langkawi pada jam 7 petang dibatalkan,” kata Norhafiz.