Malaysia Naik 11 Anak Tangga! Daya Saing Dunia IMD 2025 Tempat Ke-23, Terbaik Sejak 2020!

PETALING JAYA: Malaysia terus mencuri tumpuan apabila melonjak 11 anak tangga dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2025, kini berada di tempat ke-23 – ranking terbaik negara sejak tahun 2020!
Pengumuman ‘wow’ ini dibuat sempena pembentangan Kad Laporan MITI bagi suku kedua 2025, dan Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti reformasi kerajaan mula membuahkan hasil.
Antara faktor kejayaan:
✅ NIMP 2030 (Pelan Induk Perindustrian Baharu) terbukti berkesan!
✅ Nilai tambah sektor pembuatan meningkat 4.1% kepada RM95.7 bilion!
✅ 50,000 pekerjaan baru diwujudkan – jumlah tenaga kerja capai 2.87 juta orang!
✅ Gaji median naik 5.4% kepada RM2,745!
✅ Sektor perkhidmatan meletup dengan pertumbuhan 14.6%!
✅ Pelaburan digital mencanak ke RM310.7 bilion – tanda pelabur makin yakin dengan ekonomi digital kita!
Menurut Tengku Zafrul, pencapaian ini hasil gabungan:
🧭 Dasar pro-bisnes
🗳️ Kestabilan politik
📊 Hala tuju ekonomi jangka panjang yang jelas
“Kita sedang bina momentum baru ke arah kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” kata beliau di Facebook.
Untuk rekod, ranking IMD ini menilai 67 negara berdasarkan 4 aspek utama:
Kecekapan kerajaan

Keberkesanan perniagaan

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?