PETALING JAYA – Malaysia bakal mengetuai ASEAN tahun depan, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tak main-main kali ini!
Dengan tema berani “Memperteguh Kesepaduan, Memetakan Masa Depan ASEAN ke 2045”, Anwar menegaskan – sudah tiba masanya ASEAN berdiri teguh dan tidak tunduk kepada tekanan kuasa besar dunia!
“Kita tak boleh tunduk pada retorik kuasa besar! ASEAN mesti kekal berprinsip, perjuang keadilan dan jadi suara rakyat tertindas!” tegas beliau menerusi hantaran Facebook.
Anwar mahu ASEAN jadi blok kuasa yang bebas, kuat dan lantang, bukan boneka mana-mana kuasa luar. Beliau turut menyentuh isu-isu panas dunia – Gaza, Ukraine, Myanmar hingga Timur Tengah – dan menyeru agar ASEAN jangan membisu lagi!
Tambah beliau, antara fokus utama Malaysia sepanjang mengetuai ASEAN:
💼 Tingkatkan perdagangan antara negara ASEAN
💰 Galak pelaburan rentas sempadan
Teruskan Membaca⚙️ Selaraskan agenda ekonomi serantau dengan lebih pantas
“Integrasi ekonomi serantau bukan lagi pilihan, tapi keperluan strategik untuk ketahanan dan daya saing bersama!” katanya.
Sebagai info, Malaysia akan jadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) buat kali kelima selepas tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015 — bukti bahawa kita bukan calang-calang dalam memimpin rantau ini.
Anwar akhiri kenyataan beliau dengan jaminan penuh:
“Ini bukan saja iltizam Malaysia… ini suara ASEAN!”