JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya (HPJ) pada Khamis melalui siri dakwah bil hal, Program Ziarah Pesakit Siri 2.
Program tersebut diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah yang bertujuan untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada pesakit.
Teruskan MembacaPenyerahan barangan keperluan kepada pesakit telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Suraiti Alias manakala sumbangan wang tunai telah diserahkan oleh Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah JAWI Cawangan Putrajaya, Mohd Hazizi Razi.
Pemberian sumbangan tersebut telah diberikan kepada 50 orang pesakit dan pihak JAWI berharap agar sumbangan berkenaan dapat memberi sokongan moral dan meringankan beban mereka.
Turut hadir dalam program tersebut, Ketua Jururawat Wad Obstetrik HPJ, Matron Norhaizan Abdul Aziz.
Program tersebut merupakan kolaborasi antara JAWI melalui BPD dan HPJ. — KL Viral
Baca juga: