Petaling Jaya – Dalam aksi penuh dramatik dan terdesak, seorang pengurus projek syarikat pembinaan nasional didakwa membakar RM1 juta wang tunai dalam bilik mandi rumahnya ketika SPRM menyerbu!
Duit dibakar terdiri dari not RM100, masih berasap ketika pasukan SPRM menemui sisa di lokasi.
Teruskan MembacaSerbuan berkait projek pembinaan pusat data RM180 juta di Johor.
Selain wang hangus, SPRM turut menemui RM7.5 juta tunai disorok dalam kotak bantal, serta jam tangan mewah (Rolex, Omega, Cartier), cincin dan syiling emas.
Suspek, isteri & 2 pengarah syarikat ditahan reman bantu siasatan.
Kes disiasat bawah:
● Seksyen 16 & 17A Akta SPRM 2009 – Rasuah
● Seksyen 201 Kanun Keseksaan – Hapuskan bukti jenayah