Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali DuitNow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November depan.
PayNet dalam satu kenyataan memberitahu, sewaktu aplikasi DuitNow QR diperkenalkan pada tahun 2019, pengendali tidak mengenakan sebarang caj kadar diskaun pedagang atau ‘merchant discount rate’ (MDR).
Teruskan Membaca“Pengecualian pembayaran itu kemudiannya dilanjutkan berikutan penularan wabak COVID-19 dan ia bukan bayaran baharu mahupun tambahan sebaliknya penamatan MDR yang sepatutnya dilakukan sembilan bulan lalu,” kata kenyataan itu pada Khamis.
Media pada Selasa melaporkan caj transaksi akan berkuat kuasa di semua bank mulai 1 November dan jumlah bayaran yang dikenakan ke atas akaun peniaga apabila menerima bayaran melalui DuitNow akan berbeza-beza berdasarkan cara pemindahan.
Mengulas lanjut, PayNet berkata, e-pembayaran yang dibuat melalui aplikasi berkenaan kepada mana-mana peniaga tidak akan menjejaskan harga barangan dan perkhidmatan.