Mahkamah: Pemilik syarikat pengimport beras didakwa buat tuntutan palsu RM22.7 juta

Seorang pemilik syarikat pengimport beras dan rempah ratus mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek membekalkan produk beras kepada Kedah Agro Holding Bhd berjumlah RM22.7 juta, enam tahun lalu.

Tertuduh C Kuganeswaran, 37, pemilik syarikat Prolink Marketing Sdn Bhd, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob di sebuah hospital swasta di Klang di mana dia menerima rawatan.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?