Tiga lelaki termasuk seorang pemandu bas ekspres dua tingkat maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di susur keluar Kampung Kubang Rusa, Merapoh di sini menghala ke Kuala Lumpur.
Mangsa yang maut, pemandu bas, Ab. Aziz Daud, 56, dan dua penumpang, seorang anggota bomba, Mohd. Syukri Mat Noor, 55, dan seorang buruh binaan warganegara Bangladesh, Hossain Kamal, 41.
Teruskan MembacaDifahamkan, bas ekspres dua tingkat, Lienadia Express itu dinaiki 18 penumpang dan dua pemandu.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 1.55 pagi berlaku ketika bas itu dalam perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan.
“Berdasarkan maklumat awal terdapat tiga lelaki dewasa meninggal dunia di tempat kejadian dan keadaan mangsa lain belum dipastikan.
“Mangsa yang meninggal dunia di hantar ke Hospital Lipis manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Gua Musang dan Lipis,” katanya di sini hari ini.