Seorang wanita maut manakala enam cedera dalam nahas jalan raya yang membabitkan dua treler dan empat buah kereta di Kilometer (KM) 164.8, Lebuh Raya Utara-Selatan di Bukit Minyak/Sungai Bakap, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dalam kereta yang dia naiki.
Teruskan MembacaPegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, Abd Syukur@Mohd. Ilhami Musa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.30 pagi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.
“Ketika bomba sampai di lokasi, beberapa orang didapati berada dalam keadaan tersepit dalam kenderaan yang terlibat.
“Kemalangan itu juga menyebabkan salah sebuah treler iaitu yang membawa muatan kayu telah terbalik dan melintangi jalan.
“Keseluruhan mangsa terlibat dalam nahas terbabit ialah seramai 21 orang manakala 14 daripada mereka termasuk dua pemandu treler terbabit terselamat,” katanya di sini, pagi ini.
Jelasnya, kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan dengan menggunakan peralatan khas.