PARIS : PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencipta momentum di pentas global apabila Perancis menyatakan komitmen tinggi untuk menjadi rakan utama Malaysia dalam misi peralihan tenaga, serta memperkukuh kerjasama dalam bidang TVET dan pendidikan teknikal!
Dalam pertemuan rasmi bersama PM Perancis François Bayrou, Anwar dan delegasi Malaysia turut bincang potensi kerjasama strategik melibatkan:
Pelaburan berimpak tinggi: aeroangkasa, semikonduktor, automotif
Tenaga bersih, pertahanan, dan pendidikan
Teruskan MembacaPenglibatan aktif syarikat gergasi Perancis: ENGIE, Total, Thales
Industri penerbangan pun tak ketinggalan — Malaysia Aviation Group (MAG) akan terima pesawat A330 Neo dari Airbus, manakala AirAsia komited tambah lagi pesawat Airbus! Ini jelas memperkukuh hubungan erat sektor penerbangan Malaysia-Perancis.
Perancis kini rakan dagang ke-4 terbesar Malaysia dalam EU — dan hubungan ini dijangka terus mampan dan inklusif.
Sebagai simbol hubungan erat, PMX turut menjemput rasmi PM Bayrou ke Malaysia. Malaysia terus mengorak langkah di arena antarabangsa!
















