Respect! Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekali lagi buktikan kelasnya di mata dunia. Kali ni, beliau berjaya bawa Thailand dan Kemboja duduk semeja untuk rundingan damai dan dunia pun bagi tabik hormat!
Anwar Ibrahim Club (AIC) kata, sebagai Pengerusi ASEAN, Anwar tunjuk kepimpinan yang matang dan penuh integriti. Negara-negara besar macam Amerika Syarikat, China, Jepun dan Eropah pun angkat topi atas usaha ni.
Teruskan MembacaMenurut AIC lagi, benda ni bukti jelas yang Malaysia bukan calang-calang di arena antarabangsa. Kita ada suara, dan suara tu makin didengar.
Mereka juga seru rakyat Malaysia supaya terus berdiri belakang Anwar, supaya nama Malaysia terus gemilang di mata dunia.
“Ini baru wajah Malaysia MADANI yang sebenar!” kata AIC dengan bangga.