PETALING JAYA – Berita baik buat pemain industri! Kementerian Kewangan (MOF) kini beri kemudahan sementara sempena peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula 1 Julai 2025.
Menurut kenyataan rasmi, langkah ini adalah reaksi pantas kerajaan MADANI terhadap maklum balas syarikat yang masih dalam proses menaik taraf sistem masing-masing. Maka, MOF benarkan penyata cukai dihantar secara manual dari 1 Julai hingga 30 September 2025!
“Kerajaan MADANI memahami cabaran penyedia perkhidmatan untuk sesuaikan sistem masing-masing. Tapi ingat, Cukai Perkhidmatan (CP) tetap wajib dikenakan dan dikutip sepanjang tempoh ini,” jelas MOF.
Bukan itu saja…
Pengilang berdaftar wajib kenakan dan kutip Cukai Jualan (CJ) mulai 1 Julai. Tapi ada berita baik juga – mereka diberi kelonggaran mohon pengecualian untuk bahan mentah yang digunakan dalam proses pengilangan barang bercukai.
Semua pengecualian CJ yang telah diluluskan sebelum ini oleh JPC dan MIDA kekal berkuat kuasa selagi memenuhi syarat & tempoh yang ditetapkan.
✅ Ringkasnya:
✔️ Penyata cukai boleh hantar manual hingga 30 Sept
✔️ CP wajib kutip sepanjang tempoh
✔️ CJ mula kuat kuasa 1 Julai
✔️ Boleh mohon pengecualian bahan mentah
✔️ Kelulusan lama tetap sah