Oleh: Aliyaa Azmi
Wow, rezeki besar buat pelakon kesayangan ramai, Anna Jobling bila namanya tercalon dalam kategori Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025 yang bakal berlangsung Oktober nanti!
Teruskan MembacaAnna, 25, yang melonjak popular menerusi drama TV3 slot Akasia, Hai Cinta, Dengarkanlah, akui dia sendiri terkejut dengan berita gembira itu.
“Saya benar-benar terharu dengan pencalonan ini. Ia satu penghormatan besar bukan sahaja untuk saya, tapi juga untuk seluruh pasukan produksi Hai Cinta, Dengarkanlah,” kata Anna.
Anna turut berterima kasih pada keluarga, team produksi dan peminat yang setia menyokong kerjaya seninya dari awal.
“Merekalah sumber kekuatan saya. Harap ada rezeki nak bawa balik kemenangan ini untuk Malaysia,” ujarnya lagi.
Untuk info, SDA 2025 akan berlangsung pada 2 Oktober di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan dengan menyaksikan persaingan sengit dari bintang Asia lain termasuk Jepun, China, Thailand dan Filipina.
Lebih menarik, kategori ini akan ditentukan sepenuhnya melalui undi global di aplikasi IDOL CHAMP. Jadi peminat Anna, bolehlah mula standby untuk undi idol kesayangan kita ni!
Tahun lepas, pelakon Malaysia Siti Saleha berjaya rangkul trofi dalam kategori sama,jadi siapa tahu tahun ni rezeki berpihak pada Anna pula kan?