PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhash Wafa Salvador, menghantar surat tuntutan kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Teruskan MembacaSurat itu dihantar melalui firma guaman Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co pada 22 Ogos, susulan kenyataan Rafizi dalam satu video di Facebook yang mengaitkan Farhash dengan urus niaga sebuah syarikat.
Farhash menafikan dakwaan tersebut dan menuntut agar Rafizi menarik balik kenyataan berkenaan serta membuat permohonan maaf secara terbuka.
Rafizi bagaimanapun mengesahkan menerima surat tuntutan itu, namun tetap berpegang pada kenyataannya dan bersedia berdepan di mahkamah. Peguam beliau, Razlan Hadri Zulkifli dari Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri, akan mengendalikan kes tersebut.