Sejak mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023, pelakon jelita Datin Intan Najuwa mengakui kehidupannya bagaikan kisah dongeng apabila dimanjakan penuh kasih sayang oleh suaminya, Datuk Ahmad Azraf.
Menerusi satu hantaran di Instagram sempena ulang tahun perkahwinan kedua mereka, Intan mendedahkan dirinya langsung tidak pernah melakukan kerja rumah sejak bergelar isteri.
Teruskan Membaca“Awak manjakan, lindungi & sayangi saya macam seorang puteri. Dari dulu sampai sekarang, awak tak pernah biarkan saya buat kerja rumah,” tulis Intan sambil berkongsi foto kenangan hari bahagia mereka.
Ucapan penuh romantis itu nyata mencuri perhatian warganet yang terpegun melihat cara pasangan ini mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Ramai turut memuji sikap Datuk Ahmad Azraf yang sangat menghargai isterinya.
Kebahagiaan mereka kini bertambah manis dengan kehadiran cahaya mata sulung, Imane Lunara, yang lahir pada 15 Disember lalu. Kehadiran si comel itu menjadi pelengkap kebahagiaan pasangan sama cantik sama padan ini.
“Dengan kehadiran Lunara, cinta kita jadi lebih sempurna dan bermakna. Saya bahagia jalani hidup ini bersama awak,” luah Intan penuh kasih sayang.
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa agar rumah tangga Intan dan suami kekal bahagia serta harmoni sampai bila-bila.
Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan berjaya itu pada Ogos 2023 dan kini menjalani fasa baru sebagai isteri serta ibu dengan penuh kegembiraan.