KUANTAN: Lapan tapak niaga di Kampung Padang, Kuantan rosak teruk selepas dilanda ribut pada Khamis lepas, menyebabkan peniaga di kawasan itu berdepan kerugian besar.
Teruskan MembacaSusulan kejadian, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi turun padang meninjau sendiri keadaan selain mendengar keluhan peniaga yang terkesan.
“Lepas terima laporan, saya bersama pasukan terus ke lokasi untuk lihat sendiri kerosakan dan dengar masalah peniaga,” katanya di Facebook.
Dengan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM), bantuan awal berjaya disalurkan bagi meringankan beban mereka.
“Alhamdulillah, bantuan segera dapat disalurkan untuk kurangkan sedikit beban kerugian yang dialami,” tambahnya.
Ahmad Farhan turut memberi jaminan akan terus membantu supaya peniaga di Kampung Padang dapat bangkit dan memulakan semula perniagaan mereka.