KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) dah bagi hint awal-awal buat semua yang ada giliran haji tahun 2026, jangan tunggu saat-saat akhir baru nak bersedia. Kalau betul-betul nak dapat tawaran, persiapan kena mula dari sekarang.
Teruskan MembacaAntara benda penting yang TH tekankan termasuklah kesihatan, simpanan kewangan, kemas kini maklumat peribadi, urus diri, dan paling penting tambah ilmu pasal fardu ain dan haji.
Menurut CEO TH, Mustakim Mohamad, pengalaman tahun-tahun sebelum ni banyak jadi pengajaran, ramai yang sepatutnya dapat pergi tapi terpaksa tolak sebab tak cukup sihat atau duit pun tak ready.
“Ibadah haji ni bukan main-main. Kena cukup kuat dari segi fizikal, emosi dan kewangan. Sebab tu kami nasihatkan, mulalah bersedia awal,” katanya.
Tambah TH, kalau nak selamat dan cukup duit untuk bayaran haji (terutama untuk golongan B40), elok ada simpanan sekurang-kurangnya RM15,000 dalam akaun TH.
Bukan tu je, korang pun digalakkan jaga kesihatan dari sekarang. Buat medical check-up, jaga makan, rajin bersenam. Ini semua penting supaya nanti badan tak ‘shutdown’ masa kat Tanah Suci.
Satu lagi pesanan, jangan lupa semak giliran haji korang dalam aplikasi THiJARI dan update maklumat diri. Senang nanti bila TH nak hubungi atau bagi tawaran rasmi.
Kesimpulannya, kalau betul niat nak pergi haji, jangan sambil lewa. Start prepare dari sekarang. Rezeki dah ada depan mata, tinggal nak usaha je, okay!