KEPELBAGAIAN budaya dalam masyarakat Cina membuatkan setiap keunikan yang dipaparkan menarik minat umum untuk mengetahuinya dengan lebih jelas.
Antara perkara pertama yang sering dikaitkan dalam budaya Cina adalah seperti tanglung, angpau, cheongsam, dim sum dan banyak lagi.
Teruskan MembacaSelain itu, warna juga merupakan antara salah satu ciri yang mencerminkan budaya unik dalam kalangan masyarakat Cina iaitu Merah.
KL Viral akan menjelaskan apa maksud warna merah menurut budaya Cina.
Mengapakah masyarakat Cina sangat suka akan warna merah? Mengikut tradisi masyarakat Cina, warna merah itu merupakan warna matahari.
Maksud warna merah
Masyarakat Cina mempercayai mereka berasal daripada penciptaan alam semula jadi. Di samping itu, warna merah juga melambangkan tuah, cinta, keberanian, kebahagiaan, kejayaan serta kehidupan yang berjaya.
Peranan warna merah dalam perayaan Tahun Baru Cina
Warna merah memainkan peranan penting bagi sesuatu majlis atau perayaan. Contohnya, Tahun Baru Cina, tanglung merah dan pelbagai hiasan merah akan menjadi hiasan bagi memeriahkan suasana menyambut perayaan tersebut.
Mitos raksasa Nian
Menurut mitos, makhluk menakutkan ini akan turun dari gunung dan keluar untuk memuaskan nafsunya dengan membaham segala benda hidup merangkumi hasil tanaman, haiwan dan tidak terkecuali manusia khususnya kanak-kanak pada setiap malam Tahun Baharu. Apabila sudah kenyang, Nian akan kembali ke sarang persembunyiannya sebelum muncul semula pada waktu-waktu tertentu.
Akhirnya, mereka mengetahui kelemahan raksasa itu dengan warna merah dan bunyi letupan. mereka akan memasang perhiasan merah seperti tanglung dan skrol pada tingkap dan pintu rumah masing-masing. Penggunaan mercun untuk diletupkan, gong dan simbal dipalu, malah mereka turut meninggalkan makanan di hadapan pintu sebagai alternatif kepada raksasa itu supaya tidak memakan hidupan bernyawa.
Mitos tersebut menjadi amalan turun-temurun yang masih dipraktikan sehingga ke hari ini.
Warna merah dilarang ketika majlis pegebumian
Bagaimanapun, warna merah dilarang sama sekali dalam upacara pengebumian kerana ia melambangkan kebahagiaan. Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan seperti warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian.
Baca juga: