IPOH: Kecoh sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak pada 5 September lalu bila seorang wanita secara tiba-tiba naik ke pentas utama ketika acara sedang berlangsung.
Teruskan MembacaSusulan kejadian itu, polis segera mengenal pasti dan menahan wanita berkenaan untuk siasatan lanjut. Menurut kenyataan rasmi IPK Perak, suspek ditahan di bawah Seksyen 323/511 Kanun Keseksaan dan direman selama empat hari bermula 6 September 2023.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan masih berjalan dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi.
“Siasatan masih diteruskan. Kami nasihatkan orang ramai supaya jangan sebarkan maklumat tidak sahih yang boleh ganggu siasatan,” katanya.
Insiden itu turut mencetuskan pelbagai teori dan spekulasi di media sosial, terutama mengenai motif serta latar belakang wanita terbabit. Polis bagaimanapun menegaskan penyebaran maklumat tidak tepat boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Setakat ini, pihak berkuasa belum mendedahkan butiran lanjut mengenai suspek atau sebab sebenar tindakannya. Orang ramai diminta tunggu perkembangan rasmi daripada polis dan elakkan terpengaruh dengan berita tidak disahkan.