Satu hantaran oleh jurusolek artis terkenal, Austouxh, yang memaparkan wajah penyanyi Amira Othman selepas disolek, telah menarik perhatian warganet dan mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Menerusi platform Threads, seorang pengguna telah mempersoalkan tindakan Amira menggunakan khidmat jurusolek lelaki, seolah-olah menyindir penyanyi tersebut dari sudut hukum agama. Hantaran berkenaan segera meraih perhatian ramai, dan turut disusuli dengan komen-komen sindiran lain daripada warganet.
Teruskan MembacaNamun begitu, tidak semua pengguna bersetuju dengan pendekatan tersebut. Sebilangan netizen tampil menyelar sikap segelintir individu yang dianggap ‘bitter’ dan menyebarkan aura toksik dalam perbincangan di media sosial.
Sejak pengumuman rasmi mengenai majlis pernikahan antara pelakon Fattah Amin dan Amira Othman yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini, laman Threads dibanjiri pelbagai reaksi daripada peminat.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar hantaran turut dilihat berbaur sinis, seakan-akan cuba mencari kesalahan atau kelemahan pasangan selebriti tersebut, khususnya Amira.